Wednesday, July 30, 2008

Sambutan Bulan Kecergasan Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2008

Sambutan Bulan Kecergasan Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2008


25-27 Julai : Sambutan Bulan Kecergasan Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 08 yang diadakan di perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Haji Fathul Razi Bin Bakri, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir pada majlis perasmian Sambutan Bulan Kecergasan Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 08 ialah En. Asmori bin Hj Sa’ari. Timb. Pengarah Sukan dan En. Radin Ismail bin Radin Taib, Timb. Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta pegawai-pegawai kanan di Peringkat Jabatan dan Daerah . Seramai hampir 13 ribu pengunjung telah hadir membanjiri perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Johor untuk sama-sama menyaksikan majlis perasmian yang gilang gemilanga serta memberi sokongan terhadap penganjuran program yang diadakan.

Tujuan utama penganjuran Sambutan Bulan Kecergasaan Kebangsaan Peringkat Negeri Johor adalah bertujuan untuk merangsang masyarakat membudayakan sukan selaras dengan matlamat Dasar Sukan Negara yang antara lain menekankan aktiviti ataupun program Sukan Massa sebagai komponen penting kearah menjana masyarakat yang sihat, cergas dan bersatu.

Aktiviti utama terdiri daripada pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi, informasi terkini, pendedahan teknikal, peluang mencuba aktiviti sukan masa ( Sukan Konvensional, Sukan Tradisional, Sukan Bermotor, Aktiviti luar dan dalama dan lain-lain) dengan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO’s sukan dan belia.

Penganjur program ini juga bertujuan untuk menyemai, menyuburkan dan membuka peluang serta mengubah persepsi masyarakat yang bukan sajaha melihat sukan sebagai unsur bagi menjana kesihatan secara berterusan tetapi juga untuk menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup dalam kehidupan seharian.

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah untuk membentuk kerjasama dan jalinan (networking) diantara semua pihak yang terlibat di dalam industri sukan terutanamya pihak NGO’s dengan agensi kerajaan dan swasta agar berganding bahu untuk memajukan dan membangunkan serta membudayakan gaya hidup cergas, sihat dan bersatu dikalangan masyarakat umum melalui aktiviti Sukan Massa.